Membina Ekosistem Vendor yang Kukuh dengan Perolehan Digital

Oleh Puan Siti Safiah, Pengarah TenderPintar Sdn Bhd
Diterbitkan Pada: 10 Ogos 2026
Bacaan: 3 minit
Gambaran Keseluruhan
Hubungan dengan vendor tidak berakhir selepas kontrak dianugerahkan. Organisasi perlu tahu rekod, prestasi dan keupayaan vendor untuk projek seterusnya. Perolehan digital membantu mengurus maklumat ini dengan lebih teratur dan memudahkan pemantauan prestasi vendor.
Pengenalan
Proses perolehan biasanya berakhir selepas vendor dipilih dan kontrak dianugerahkan. Tetapi maklumat dan rekod vendor masih boleh digunakan untuk projek seterusnya.
Jika rekod ini tidak disimpan dan diurus dengan baik, organisasi mungkin terlepas peluang untuk mengenal pasti vendor yang sesuai atau melihat masalah prestasi lebih awal.
Cabaran dalam Pengurusan Vendor
Banyak agensi sektor awam masih berdepan dengan beberapa cabaran seeperti:
- Maklumat vendor disimpan dalam sistem yang berbeza.
- Kesukaran untuk menyemak rekod dan prestasi vendor.
- Interaksi dengan vendor biasanya hanya berlaku semasa tempoh tender.
Akibatnya, banyak proses perlu dibuat semula, seperti pendaftaran vendor dan semakan maklumat. Penilaian vendor juga boleh menjadi tidak konsisten, manakala peluang untuk bekerjasama dengan vendor yang sesuai mungkin terlepas.
Membina Ekosistem Vendor yang Lebih Tersusun
Ekosistem vendor memberi organisasi cara yang lebih teratur untuk mengurus rekod, prestasi dan hubungan dengan vendor.
Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian:
- Profil Vendor Berpusat
Simpan maklumat seperti kelayakan, rekod prestasi dan sijil dalam satu tempat. - Pantau Prestasi
Pantau kualiti kerja, ketepatan masa dan pematuhan vendor secara berterusan. - Kekalkan Hubungan
Berkomunikasi secara berkala, dapatkan maklum balas dan bantu vendor meningkatkan keupayaan mereka.
Pendekatan ini membantu membina kepercayaan dan menggalakkan vendor untuk terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam jangka panjang.
Peranan Perolehan Digital dalam Ekosistem Vendor
Platform perolehan digital membantu organisasi mengurus ekosistem vendor dengan lebih mudah melalui:
- Portal Vendor – vendor boleh mengemas kini maklumat dan menghantar dokumen sendiri secara dalam talian.
- Dashboard Prestasi – prestasi vendor boleh dipantau secara terus.
- Saluran Komunikasi Bersepadu – memudahkan komunikasi dan perkongsian maklumat dengan vendor.
Kemudahan ini mengurangkan kerja pentadbiran dan memudahkan organisasi mengurus maklumat serta hubungan dengan vendor dengan lebih telus.
Manfaat kepada Organisasi

Ekosistem vendor yang diurus dengan baik membantu organisasi:
- Meningkatkan kebolehpercayaan vendor.
- Mempercepatkan proses perolehan.
- Menggalakkan inovasi melalui kerjasama.
- Meningkatkan penyertaan PKS.
Akhirnya, organisasi dapat membina rangkaian vendor yang lebih kukuh, berdaya saing dan boleh dipercayai.
Kesimpulan
Hubungan dengan vendor tidak semestinya berakhir selepas tender tamat. Dengan maklumat dan rekod vendor yang lengkap serta komunikasi yang berterusan, agensi boleh membina rangkaian vendor yang lebih kukuh, mengenal pasti peluang lebih awal dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk bekerjasama.






